Tarikh : 9 April 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Taman Botani, Putrajaya
Pada 9 April 2010 yang lepas, kelab ekspedisi (ecorangers) telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Botani, Putrajaya dengan kerjasama pihak Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai spesies tumbuhan di negara ini serta luar negara yang mempunyai kegunaan masing-masing. Selain itu pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti apa yang dilihat sendiri di taman botani.
Lawatan sambil belajar ini melibatkan seramai 80 orang ahli kelab, sesi pagi dan petang dengan diiringi 3 orang guru pembimbing iatu Pn Wan Ruhaida bt Wan Musa selaku pengarah program beserta 2 orang guru lain serta 2 orang wakil YAWA. Pelajar dipecahkan kepada 2 kumpulan yang diketuai masing-masing seorang jurupandu. Mereka dibawa melawat ke Explorer's Trail, Canopy Bridge, Heliconea Trail and Vine Garden, Plam Hill, Sun Garden (Orchid Path), Floral Garden (Floral Steps, African Collection, Tropical African Collection, Bougainvillea Tunnel, Asia Pacific Collection, Ficus Shace, Rain shelter) and Lakeside (Hibiscus Walk), Lakeside café, Pandanus Walk, Canna Walk dan Fern Garden. Pelajar turut diperkenalkan dengan pelbagai jenis pokok dan nama saintifik serta kegunaan masing-masing.
Taman botani terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian; tanaman bunga, taman dan juga pusat kajian.Tanaman ini mempunyai lebih dari 700 spesis tanaman berbunga, selain tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika. Kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai.
Setelah melawat Taman Botani, pelajar seterusnya dibawa menaiki kapal cruise di Tasik Putrajaya bagi melihat pemandangan Putrajaya secara lebih dekat. Pengalaman ini cukup bermakna kepada pelajar yang belum pernah menaiki kapal tersebut. Pelajar mendapat banyak pengalaman dan ilmu dari lawatan sambil belajar ini.
No comments:
Post a Comment